Monday, September 3, 2018

HLP 2018/2019

Fuh! Ini lah perkara yg dah lama berlegar dlm ruang minda aku. Hasrat yg sekian lama tertangguh atas pelbagai alasan. Ada sbb jabatan (tak ckp markah skt, beri laluan kpd senior, habiskan projek, keutamaan bidang, etc) malah ada juga sbb diri (urusan famili, kesihatan, lokasi) dan TAKUT.

Ya...takut tu jd punca yg terakhir tp no 1 sebenarnya hahaha (ada kajian kononnya otak simpan maklumat secara terbalik?). Mengapa takut? EXAM...noktah!

Apa yg buatkan aku cuba? ILMU BARU...

Bidang yg aku mohon ni ada kaitan dgn kajibumi tp dulu kami diajar secara permukaan je. Aku mula kenal bidang ni sms kerja pertama aku di KL. Kemudian, aku terus cuba terapkan ilmu yg aku dpt dr bidang ni dlm tugas baru aku di jabatan yg aku kerja skrg.

Namun, amal tanpa ilmu itu ibarat gila. Jadi, aku dah psg angan2 utk dalami bidang ni jika ada kesempatan suatu hari nanti. Harap, aku dpt gabungkan ilmu baru ni dgn ilmu kajibumi yg aku ada.

Remote Sensing & GIS, ya...inilah bidangnya. Tahniah & Selamat Maju Jaya utk aku.

Sunday, June 18, 2017

Belated Besday Kakak, Baju Raya

Smlm jumpa Anak2. Belikan depa baju raya san berbuka sama2. Hajatnya nak belikan kek dam sambut besday sama2. Tetapi, tetiba ada permintaan utk belikan pinggan potmeiron (silap eja kot) kat dealer. Kedainya cuma blok berhampiran Giant tempat kami berbuka

Misi tergempar beli pinggan berjaya ttp misi sambut besday Kakak hanyut tanpa berita. Lagipun, slps beli pinggan, kami segera ke Putrajaya utk picnic kononnya. Anak2 tidur dlm perjalanan. Tiba dlm jam 10mlm. Sempat juga merayau sambil ambil angin malam

Pagi tadi, hantar Anak2 pulang. Sudah tiba ke destinasi, barulah kami teringat ttg kek. Terkilan ttp begitu la adanya. Yg dirancang tidak kesampaian, yg lain pula mendatang. Harap Anak2 tidak terlalu kecewa dgn aku dan isteri

Balik dr hntr Anak2, aku dan si dia ke kedai mencari baju raya utk ipar sbg ganti upah baju raya Anak2. Tiba di rumah kami berehat di rumah hingga ke petang. Kami berbuka di luar shj

Yg menariknya, sakit belakang aku byk kurang hari ni. Langsung aku cuba dptkan 20 rakaat tarawikh mlm ni. Berjaya walaupun smlm ada sikit gagal dgn misi kek Kakak. Sabarlah...

Saturday, June 3, 2017

Birthday Kakak, Shopping Raya, Slipdisc

Hari ni bermula dgn agak aktif. Si dia memulakan aktiviti pagi dgn mengemas rumah. Aku juga menggagahkan diri menyedut debu2 yg tersimpan sekian lama di merata sudut rumah dgn mesin hampagas. Itu je yg aku mampu dgn hidung yg sensitif ni. Sapu sampah? Minta maaf...

Kemudian, bermula misi shopping raya. Tujuan utama, tudung raya mak. Warna mesti sesuai dgn kain baju yg tlh dibeli sblm ni. Kami ke Shah Alam. Misi gagal. Tiada yg memenuhi kriteria. Lain kali...

Hari ini juga...birthday kakak @ anak sulung kami. Smlm aku dah ingatkan si dia. Ttp, kami mmg tiada rancangan apa2 utk si kecil tu. Belum masanya. Tunggu la tamat percutiannya di kg. Aku cuma call dia sebelah malam. Aku anggap, si kecil tu mesti belum bangun lagi pagi tadi. Waktu tgh sibuk dgn pelbagai aktiviti pula bukan masa yg sesuai utk bersembang santai...

Lagi pun, cuma perkara "sakit" shj yg bermain dlm kepala aku sejak pagi tadi...bilalah sakit belakang aku ni nak beransur pergi? Hari aku bermula dgn sakit pinggang...spoil!

Saturday, May 20, 2017

Melankoli

Dalam bbrp hr ni, perasaan itu menyelubungi. Ada harinya, berselang-seli dgn ketawa. Apakah itu tanda gembira? Dlm saat2 begini, aku sering terfikirkan tujuan dan manfat diri ini dlm hidup. Ada kalanya aku bersemangat dan bawa manfaat tp ada masanya aku lihat byk kpd mudarat. Aku x nmpk semuany sia2 spt tiada kesan, kpd org atau diri aku. Ttp, aku lebih memikirkan kesannya baik atau buruk?

Aku cuba beri atau buat sesuatu yg beri kesan positif...aku cuba...sentiasa cuba

Cuma, mungkin aku ni byk kekurangan...terlalu banyak, dan selalu gagal mengatasinya. Ya...mungkin

Apa yg aku fikir skrg? Di manakah puteri2 ku sekalian? Moga mereka baik2 shj...rindu

Sunday, April 2, 2017

Hari Suka Duka

Hari ni bermula dgn sangat baik. Kami ke Hari Sukan sekolah anak pada sebelah pagi. Si Kakak terima pingat perak dlm larian 4x200m yg tlh disudahkan bbrp hari sebelumnya. Si Adik pula ke hulu ke hilir mengisi masa terluang dgn kami. Cukuplah dpt meluangkan masa pd pagi Ahad ni.

Sambil tu, kami serahkan hadiah hari lahir anak2 yg terhutang sekian lama. Cadangnya utk belikan sesuatu yg lebih baik ttp keadaan tidak mengizinkan. Hadiahnya...1 set buku mewarna setiap seorang. Lega hati tgk depa gembira dgn hadiah masing2.

Kemudian, si dia ajak singgah beli baju raya aku di Jln TAR. Risau nanti ramai org minggu mendatang. Aku mulanya menolak sbb rasa badan dah agak kepenatan. Sakit pinggang dan bengkak kaki aku dah dtg balik. Tapi, mcm biasa...susah utk aku menolak dgn alasan sakit yg tak tahu bila akan pergi ni.

Sepatutnya, kami hendak ke Sogo utk cari sehelai T Shirt utk aku lagi. Tapi aku terpaksa tolak. Sakit...kebetulan si dia kata kemungkinan ramai org. Jadi, cadangnya kami balik rumah dan keluar semula pd sebelah ptg nanti. Next stop...Jaya Jusco IOI Mall.

So, kami balik, keluar semula ke JJ. Tp malangnya, hajat tidak kesampaian. Tiada baju yg menepati selera si dia dan aku. Mmg payah sikit bab pakaian ni. Taste aku agak kuno. Sudahnya...balik dgn perasaan terkilan. Bukan senang nak cari baju dgn corak yg ngam dgn citarasa 2 org yg berbeza dan kain yg mudah digosok. Bagi aku...itu point plg penting utk aku. Biarlah baju tu mudah utk diuruskan.

Sebelah malam, kami keluar makan lps waktu Isyak. Agak lewat mlm ni. Aku ajak naik motor je sbb cadang nak gi dekat2. Tapi si dia nak cari aiskrim vanila utk kurangkan sakit tekak dia. Pilihannya...A&W. Aku agak keberatan aikit sbb tak mahu menambah penat dan sakit badan. Tapi, seperti biasa...bukan mudah utk menolak. Malam ni, kami dinner dgn ayam goreng, aiskrim wafel dan burger.

Aku kira selesai la hari ni walau ada sikit ralat di hati ttg itu dan ini. Tetapi, rupanya ada yg lebih buruk terjadi.

Dlm perjalanan pulang, aku terlanggar jalan yg tidak rata. Si dia agak kecewa dgn kejadian itu. Aku tidak sengaja tp perang mulut terjadi antara kami...hmmm. Aku sendiri jarang lalu jalan tu tp itulah jalan yg paling bagus keadaannya aku rasa...tiada bonggol dan ada byk lampu jln.

Si dia sakit perut dan risau peranakannya jatuh. Rugilah segala usaha berurut selama ni. Ya...aku pun ralat tp ianya tidak disengajakan. Aku dah elak lubang tp langgar pula jalan yg tidak rata. Hmmm...sia2 aku pilih jln tu mlm ni. Kesudahan yg buruk utk aku dan si dia.

Akhirnya...masam muka. Si dia marah dan kecewa dgn aku. Aku dah silap buat pilihan. Semuanya salah aku. Gudnite

Sunday, March 26, 2017

Sakit belakang

Hari cuti ni kadang-kala aku dlm dilema. Masa yg ada utk berehat dan bersantai dgn famili x dpt nak dioptimakan. Sebabnya...sakit belakang kembali melanda. Mungkin sebeb kepenatan, otot aku yg lembek tak bersenam tak dpt nak menampung kecederaan tulang belakang aku ni.

Ada masa aku enjoy dpt berjalan-jalan dan meronda dgn si dia dan anak2. Ttp, ada masanya aku x rasa seronok langsung. Yg rasa cuma sakit yg mencucuk-cucuk atas belakang aku ni.

Aku risau, kerapkali aku menolak ajakan si dia utk keluar meronda di hujung minggu. Aku tahu si dia bosan duduk di rumah hanya bertemankan aku. Tapi, ada masanya aku terpaksa menolak utk meneruskan hari-hari berikutnya.

Harap aku dpt bertahan dan keadaan tidak menjadi semakin buruk. Aku akan terus cuba cari kesembuhan walau dah byk tempat kami pergi.

Moga kebahagian aku dan si dia tidak tergugat dgn masalah kesihatan aku ni...

Thursday, March 9, 2017

APC NRE 2016

Bila Abg lambat gi keje... Sayang marah
Bila Abg lambat blk keje... Sayang marah
Bila Abg lambat bangun... Sayang marah
Bila Abg lambat tido... Sayang marah
Sbb tu... Abg sentiasa on-time sama ada dlm keje atau personal life
Sbb tu... Abg dpt balance keje dan hidup
Sbb tu... Abg hidup cara lebih sihat
Sokongan Sayang dan Kesihatan la yg buka jalan cemerlang utk Abg

TQVM Sayang ❤💝😍

Sukar nak sampaikan rasa girang dan terharu di hati, jadi aku sampaikan dlm bentuk madah.

Syukur. Hari ini aku dan Rakan Sejawat dr seluruh pelusuk negara dtg berkumpul di Sri Kembangan utk terima anugerah, anjuran Kementerian.

Semalam, kami menginap di Kajang sambil hadir ke Majlis Makan Malam APC 2016 yg telah dianjurkan oleh Jabatan. Seronok dpt jumpa rakan2 yg sudah agak lama terpisah, khususnya dari Sarawak (lokasi penempatan aku yg ke 1 sejak berkhidmat).

Ini kali ke 2 diberi penghargaan sebegini. Namun, inilah kali ke 1 aku dpt hadir. Sblm ini, kebetulan aku ke luar negara mengikuti Kursus GIS di Korea.

Rasa bercampur-baur antara gembira dan segan, kerna anugerah ini bukan diperoleh setiap tahun dan apakah ianya setara dgn apa yg cuma sedikit mampu aku sumbangkan sebelum ini.

Sokongan dan bimbingan yg aku terima drpd Keluarga dan Rakan Sepejabat tlh membuka jalan kecemerlangan ini buat aku.

TQ All!