Sunday, June 18, 2017

Belated Besday Kakak, Baju Raya

Smlm jumpa Anak2. Belikan depa baju raya san berbuka sama2. Hajatnya nak belikan kek dam sambut besday sama2. Tetapi, tetiba ada permintaan utk belikan pinggan potmeiron (silap eja kot) kat dealer. Kedainya cuma blok berhampiran Giant tempat kami berbuka

Misi tergempar beli pinggan berjaya ttp misi sambut besday Kakak hanyut tanpa berita. Lagipun, slps beli pinggan, kami segera ke Putrajaya utk picnic kononnya. Anak2 tidur dlm perjalanan. Tiba dlm jam 10mlm. Sempat juga merayau sambil ambil angin malam

Pagi tadi, hantar Anak2 pulang. Sudah tiba ke destinasi, barulah kami teringat ttg kek. Terkilan ttp begitu la adanya. Yg dirancang tidak kesampaian, yg lain pula mendatang. Harap Anak2 tidak terlalu kecewa dgn aku dan isteri

Balik dr hntr Anak2, aku dan si dia ke kedai mencari baju raya utk ipar sbg ganti upah baju raya Anak2. Tiba di rumah kami berehat di rumah hingga ke petang. Kami berbuka di luar shj

Yg menariknya, sakit belakang aku byk kurang hari ni. Langsung aku cuba dptkan 20 rakaat tarawikh mlm ni. Berjaya walaupun smlm ada sikit gagal dgn misi kek Kakak. Sabarlah...

Saturday, June 3, 2017

Birthday Kakak, Shopping Raya, Slipdisc

Hari ni bermula dgn agak aktif. Si dia memulakan aktiviti pagi dgn mengemas rumah. Aku juga menggagahkan diri menyedut debu2 yg tersimpan sekian lama di merata sudut rumah dgn mesin hampagas. Itu je yg aku mampu dgn hidung yg sensitif ni. Sapu sampah? Minta maaf...

Kemudian, bermula misi shopping raya. Tujuan utama, tudung raya mak. Warna mesti sesuai dgn kain baju yg tlh dibeli sblm ni. Kami ke Shah Alam. Misi gagal. Tiada yg memenuhi kriteria. Lain kali...

Hari ini juga...birthday kakak @ anak sulung kami. Smlm aku dah ingatkan si dia. Ttp, kami mmg tiada rancangan apa2 utk si kecil tu. Belum masanya. Tunggu la tamat percutiannya di kg. Aku cuma call dia sebelah malam. Aku anggap, si kecil tu mesti belum bangun lagi pagi tadi. Waktu tgh sibuk dgn pelbagai aktiviti pula bukan masa yg sesuai utk bersembang santai...

Lagi pun, cuma perkara "sakit" shj yg bermain dlm kepala aku sejak pagi tadi...bilalah sakit belakang aku ni nak beransur pergi? Hari aku bermula dgn sakit pinggang...spoil!