Hari ni bermula dgn agak aktif. Si dia memulakan aktiviti pagi dgn mengemas rumah. Aku juga menggagahkan diri menyedut debu2 yg tersimpan sekian lama di merata sudut rumah dgn mesin hampagas. Itu je yg aku mampu dgn hidung yg sensitif ni. Sapu sampah? Minta maaf...
Kemudian, bermula misi shopping raya. Tujuan utama, tudung raya mak. Warna mesti sesuai dgn kain baju yg tlh dibeli sblm ni. Kami ke Shah Alam. Misi gagal. Tiada yg memenuhi kriteria. Lain kali...
Hari ini juga...birthday kakak @ anak sulung kami. Smlm aku dah ingatkan si dia. Ttp, kami mmg tiada rancangan apa2 utk si kecil tu. Belum masanya. Tunggu la tamat percutiannya di kg. Aku cuma call dia sebelah malam. Aku anggap, si kecil tu mesti belum bangun lagi pagi tadi. Waktu tgh sibuk dgn pelbagai aktiviti pula bukan masa yg sesuai utk bersembang santai...
Lagi pun, cuma perkara "sakit" shj yg bermain dlm kepala aku sejak pagi tadi...bilalah sakit belakang aku ni nak beransur pergi? Hari aku bermula dgn sakit pinggang...spoil!
No comments:
Post a Comment